1. pertemuan; satu perkenalan sekurang-kurangnya seorang individu dengan seorang individu yang berlainan. perkenalan tak semestinya berhadapan. dahulu masa sekolah, aku teringin mempunyai rakan pena. tapi tak kesampaian. pertemuan antara dua hati pula adalah satu dimensi yang berbeza. banyak nak hurai. nanti-nanti la.
2. jodoh; berkait rapat dengan pertemuan. jikalau jodoh panjang, maka satu pertemuan itu akan pasti yang dinanti. jodoh boleh digunakan dalam pelbagai dimensi. tak semestinya jodoh yang melibatkan pernikahan.
jodoh untuk bertemu dengan nenda di kampung, jodoh untuk makan 'chicken chop', jodoh untuk membeli baju baru. jadi dapat di simpulkan jodoh berkait rapat dengan takdir.
jodoh untuk bertemu dengan nenda di kampung, jodoh untuk makan 'chicken chop', jodoh untuk membeli baju baru. jadi dapat di simpulkan jodoh berkait rapat dengan takdir.
3. hidup dan mati di tangan tuhan. hidup dan mati jugalah di tangan kita sebagai hambaNya. cuma konsepnya berbeza. contohnya; hidup kita sebagai seorang hambaNya yang tahu bersyukur. terpulang kepada kita sendiri sebagai manusia untuk mencorakkan hidup kita. kalau rajin mencari rezeki, datanglah cubaan seberat mana pun kita pasti akan dapat menempuhinya dengan baik. memang rezeki kurniaan Ilahi, tapi adakah tuhan yang Maha Esa itu akan berikan kepada kita jika kita malas. jadi inilah yang dikatakan hidup dan mati kita juga terpulang di tangan kita. samaada hidup sebagai orang yang berbakti kepada masyarakat. ataupun orang yang menyusahkan masyarakat sehingga di label sampah masyarakat. Nauzubillah.
No comments:
Post a Comment