Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

Hidup 3

  1. Sejak post aku Hidup 2, dah lama aku tak tulis pasal hidup aku.
  2. Sambungan cerita hidup aku. lepas UPSR masuk sekolah berasrama. walaupun tak penuh tapi kehidupan asrama memang best.
  3. gila tak best. duit mak bagi banyak - tapi untuk 2 minggu dah kena tau bajet, silap bajet mintak lagi. haha
  4. boleh balik 2 minggu sekali - topup duit. duit tu sentiasa tak cukup. kata orang "Besar periuk besar la keraknya"
    Kalau cukup pun cukup cukup nak buat tambang balik rumah

Hidup 2

1. Dulu kecik-kecik pergi sekolah rasa jauhnya.

2. Aku pernah menangis sorang-sorang sebab dah lambat pergi sekolah. 

3. Bawak bekal duit pergi sekolah 50 sen ja. Bekal makan tak bawak. 

4. Darjah satu naik moto. Darjah dua jalan kaki ja. Rasa macam satu kilo tu. 

baru tujuh ratus meter rupanya

5. Aku pernah bertumbuk dengan budak tak puas hati dengan aku. Kalah aku. masa tu kurus kering. tapi tinggi. Tak tahu la kenapa aku berani sangat. baru darjah dua.

6. sebab tukar sekolah, aku selalu dapat no. 1. sayang buku rekod ada kat kampung. kalau tak aku dah scan letak dalam ni. 

7. Cikgu kelas masa tu garang gila. aku penah dapat penampar guna pembaris. mungkin kami kecik ja time tu kot. 

8. Naik darjah tiga. dapat tukar kelas. peperiksaan pertama dalam kelas lain. ego merasuk diri aku. terus dapat nombor tiga puluh. tapi peperiksaan selepas tu kosong yang belakang dah hilang.

9. darjah empat takde apa yang special. cuma dari sekolah petang kena pegi sekolah pagi. darjah dua dan tiga sahaja yang sekolah sesi petang. 

10. darjah lima cuba untuk dapatkan RMTS - Rancangan Makanan Tambahan Sekolah. tapi tak terpilih. takde rezeki.

11. darjah enam. Ujian Penilaian Sekolah Rendah. trial dah bagus. cuma yang sebenar...

Hidup

1. Hidup hanya sementara. Kita akan kembali kepadaNya juga.

2. Tapi aku masih dalam bayang-bayang. semakin hari terasa semakin jauh daripadaNya.

3. Aku mohon kepadaMu ya Allah ya tuhanku. terus di beri nikmat syukur untuk hidup di atas dunia demi Mu.