dah lama tak menyuakan diri ke blog buatan sendiri yang berjaya hidup untuk beberapa bulan sahaja..kemudia..terus hilang. aku pun dah tak tahu kenapa aku tak boleh 'update' blog sendiri. nak kata sibuk. selalu je aku ni tak tahu nak buat apa kat bilik yang sedia bosan. mungkin banyak sangat yang aku fikirkan kot. kenapa hah? sekarang ni. aku dah mula berjinak-jinak balik dengan dunia blog. baru aku tau. banyak jenis manusia kat dunia siber/maya yang membantu/leka ni.
ada yang jenis suka kongsi pengalaman hidup, ada yang suka jenis kongsi pengalaman dalam perkara yang berkaitan dengan komputer, ada yang ingin mendapatkan keuntungan melaluinya. banyak. terlalu banyak karenah manusia. inilah yang di katakan asam ragam kehidupan. yang mampu buat kita tersenyum, menangis dan macam-macam. bagi aku. apa yang mereka lakukan adalah untuk kepuasan hati sendiri. bukan untuk orang lain. mereka yang suka untuk ceritakan pengalaman hidup diorang. diorang yang suka kongsi perkara yang bagus untuk kepentingan bersama. jadi. hiduplah sebagaimana yang kita mahukan.
baiklah. setelah banyak taip tadi. aku pun dah makin takde idea. nak tulis apa lagi kat blog aku nih. bukannya ada orang baca. haha. tapi aku yakin. satu hari nanti. kalau blog buatan aku sendiri ni di baca oleh aku sendiri. pasti aku akan tergelak besar. haha.

No comments:
Post a Comment