Nasruddin, anak dan keldainya

Ni ade satu kisah aku bce kt buku and korg bleh la renung2kan ye!
(ade sdikit modifications ye dri sgi words)

Suatu hari, Nasruddin pergi bersama anaknya keluar kota. Dalam perjalanan itu, si anak menunggang keldai sementara Nasruddin berjalan kaki sambil memegang tali keldai yang ditunggangi anaknya. Out of the blue, seseorang menegur.

"Dunia memang sudah akhir zaman.Bagaimana mungkin anak dengan enaknya menaiki keldai sementara ayahnya dibiarkan sahaja berjalan kaki. Sungguh biadab anak tersebut and x sedar diri!"

Mendengarkan kata2 itu, anak pun berkata kepada Nasruddin.
"Ayah, bukankah saya sudah katakan tadi, naiklah keldai ni, Biar saya saja yang berjalan kaki."

Nasruddin pun bersetuju untuk menurut kemahuan anaknya itu dan juga menurut kata orang yang menegurnya.

Di tengah perjalanan, mereka bertemu dengan sekelompok orang yang kali ini mencella Nasruddin pula.

"Teruk sungguh orang tua ni, membiarkan anaknya berjalan kakai sementara dia dengan enaknya duduk di atas keldai. Orang tua ini sungguh tidak punya rasa belas kasihan pada anaknya."

Mendengar cakap cakap tersebut, Nasruddin akhirnya mengajak anaknya menaiki keldai itu berdua untuk menutup mulut orang dari mengata mereka lagi.

Setelah keduanya menaiki kelda tersebut, mereka bertemu pula dengan kelompok orang yg sedang duduk- duduk di pinggir jalan.Salah seorang dari orang di situ berkata.

"Hai teman-teman, cuba kalian lihat betapa kejamnya mereka, menunggang keldai yang lemah itu berdua!"

Kerana tidak tahan mendengar kutukan itu,Nasruddin dan anaknya pun turun dari keldai . Keldai itu kemudiannya dipimpin sementara mereka berdua berjalan kaki. Tidak lama selepas itu, mereka berpapasan dengan sekumpulan orang jalanan. Orang yang berada disitu pun berkata kepada Nasruddin.

"Kalian berdua ni memang sudah gila, membiarkan keldai begitu saja tanpa dinaiki sementara kalian berjalan kaki padahal cuaca siang ni sangat panas.

Dengan rasa kesal Nasruddin pun berkata kepada anaknya.

"Anakku, manusia memang hanya tahu mencela. Tidak ada yang selamat dari cercaan orang lain,"

moral of the story - every words come out will effect anyone who hear it. to the listener: think before you do something. you are right in your own way

7 comments:

  1. i am my own me.. ofkosh

    ReplyDelete
  2. yeah..think 1st..n i'm right on my way..kalo dah mmg bnde tu kite rase betul,knape ikut org kan :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous1/5/09 20:08

    wah
    pokchek neyh btul2 tamo sawang2 dtg kmbali~
    rajen gler update skrg!

    ehehhe

    nway

    " speak louder than actions "

    ReplyDelete
  4. nad::hehe..sawang dah bakar abis dah..
    milimilo n milla::thats true..live on our own way..tapi jangan terpesong akidah dah r..

    ReplyDelete
  5. salam ziarah.
    menarik.
    pernah dengar, tapi moral tu memang indah.
    ni khai kajai bpsm?

    ReplyDelete
  6. Payahla kalu asyik nak dengaq kata orang ja..
    Tp teh ais pun kadang2 terpaksa 'ikut' cakap orang gak..huhu

    ReplyDelete
  7. pesan mak abah mesti la kne 'ikut'
    x gitu??

    ReplyDelete