Koleksi


1. masa lapang aku suka tengok cerita. macam-macam jenis. filem Inggeris, file Melayu, TV Shows.

2. koleksi dah banyak. jadi aku sayang nak delete.

3. kemungkinan tengok lagi 2-30 kali tu mungkin. 

4. kesukaan aku adalah filem-filem inggeris yang berlatarbelakang American Football.

5. lain kali aku post senarai koleksi yang aku ada. boleh buat duit kalau jual. 

Kerja


1. bekerja dengan pekerja yang lebih umurnya dari kita perlu pengurusan yang teratur.

2. pengalamannya kita boleh guna pakai. tambah baik dengan idea baru. penyusunan yang teliti adalah perlu.

3. silap cakap boleh merajuk bawa diri. tak cakap kata kita tak tahu buat kerja. 

4. tak senyum di katanya kita sombong. dah senyum di katakan gatal / gila senyum setiap kali jumpa.

5. tak tegur di katanya tak ambil peduli. 

6. tak semua pihak kita dapat penuhi cita rasanya. cita rasa kita jadi yang utama. selagi tidak menyalahi undang-undang ianya boleh di lakukan.

7. setiap kerja ada baik buruknya. yang baik kita boleh ambik buat teladan. yang buruknya seeloknya jangan tengok langsung. dengar pun jangan. 

8. biasanya yang buruk itu yang selalunya berjangkit. jangan biarkan ia merebak. susah 

9. buat kerja dengan hati yang ikhlas. niat itu yang penting. niat yang memandu arah tuju kerja

Hidup 2

1. Dulu kecik-kecik pergi sekolah rasa jauhnya.

2. Aku pernah menangis sorang-sorang sebab dah lambat pergi sekolah. 

3. Bawak bekal duit pergi sekolah 50 sen ja. Bekal makan tak bawak. 

4. Darjah satu naik moto. Darjah dua jalan kaki ja. Rasa macam satu kilo tu. 

baru tujuh ratus meter rupanya

5. Aku pernah bertumbuk dengan budak tak puas hati dengan aku. Kalah aku. masa tu kurus kering. tapi tinggi. Tak tahu la kenapa aku berani sangat. baru darjah dua.

6. sebab tukar sekolah, aku selalu dapat no. 1. sayang buku rekod ada kat kampung. kalau tak aku dah scan letak dalam ni. 

7. Cikgu kelas masa tu garang gila. aku penah dapat penampar guna pembaris. mungkin kami kecik ja time tu kot. 

8. Naik darjah tiga. dapat tukar kelas. peperiksaan pertama dalam kelas lain. ego merasuk diri aku. terus dapat nombor tiga puluh. tapi peperiksaan selepas tu kosong yang belakang dah hilang.

9. darjah empat takde apa yang special. cuma dari sekolah petang kena pegi sekolah pagi. darjah dua dan tiga sahaja yang sekolah sesi petang. 

10. darjah lima cuba untuk dapatkan RMTS - Rancangan Makanan Tambahan Sekolah. tapi tak terpilih. takde rezeki.

11. darjah enam. Ujian Penilaian Sekolah Rendah. trial dah bagus. cuma yang sebenar...

Hidup

1. Hidup hanya sementara. Kita akan kembali kepadaNya juga.

2. Tapi aku masih dalam bayang-bayang. semakin hari terasa semakin jauh daripadaNya.

3. Aku mohon kepadaMu ya Allah ya tuhanku. terus di beri nikmat syukur untuk hidup di atas dunia demi Mu.

sudah lama

dah lama betul tak menjengah blog sendiri.
kenapa huyung-hayang? pernah terfikir ke tak kenapa aku letak nama blog huyunghayang..

huyunghayang adalah satu perkataan kata ganda..

huyunghayang adalah satu perbuatan orang yang tiada atau hilang keseimbangan dalam diri. bak kata orang belajar sains gegendang telinga dah pecah.

huyunghayang macam melambangkan hidup aku masa aku 'create' atau buat blog ni pertama kali..rasa macam terumbang-ambing..tak tahu hala tuju hidup aku. apa aku akan jadi. apa aku nak buat. memang betul kita merancang. dan tuhan yang menentukan segalanya.

huyunghayang hanyalah satu perkataan kata ganda yang mempunyai duabelas huruf, mempunyai maksud yang tersendiri dan pernah melambangkan hidup aku suatu ketika dahulu. sekarang? tunggu la post aku seterusnya. tu pun kalau aku rajin..hehe..

assalamualaikum.